Monday, October 30, 2017

Princess Agents 2017


Drama Episodes: 58 (Uncut)
Episode Length: 45 Minutes
Broadcast Date: 5 June to 1 August 2017



Kisah perjalan hidup Zhao LiYing Chu Qiau/Xing Er/ Jing Xiaoliu yang pada asalnya hilang ingatan dan menumpang hidup dengan keluarga Jing. Indetiti asalnya tidak jelas dan sentiasa dirahsiakan. 

Kisah bermula apabila jing Xiaoliu dijual sebagai hamba, maka pertemuan dengan Yuwen Yue Lin Gengxin .  





Pertemuan pertama mereka berdua, semua mesti dapat jangka mereka adalah bakal jadi pasangan bercinta. Sangkaan tidak meleset. mereke berdua masing-masing menyimpan perasaan, cuma seperti tipikal drama cinta yang lain hero dan heroin selalu ego untuk mengakui perasaan antara satu sama lain.

dan..



Tipikal drama cinta, pasti ada watak ketiga. kalau korang familiar dengan chinese drama, mereka semakin galak untuk hidupkan watak ketiga sebagai watak utama. maka muncullah Yan xun (Shan Dou)

Hero kedua yang pada awalnya menyejukkan hati dan korang akan rasa dia lebih sesuai dengan Xing er.
Menonton drama ini memerlukan ketabahan. Bayangkan nak habiskan 58 episod. 

Jangan risau aku janji korang akan terbuai dengan jalan cerita yang menyakitkan hati dan rasa tak puas menunggu babak antara Yuwen yue dan Xing Er. suwet suwet sangat. itu belum lagi masuk skrin yang diorg buat menarik ditambah dengan pelakon yang kacak dan cantik.



separuh jalan cerita menceritakan kesusahan dan kesakitan yang Xing Er lalui. Sampai satu tahap semua orang membuangnya dari kehidupan mereka dan dituduh sebagai pemberontak. pada masa yang sama Xing er berpendapat Yuwen Yue turut membuangnya. Sedangkan disebaliknya Yuwen Yue lah yang selalu membantunya dalam diam. 

Bermula kisah cinta atau kita boleh describe cinta yang berdasarkan rasa simpati Xing Er kepada Yan Xun, yang turut dituduh sebagai pembelot dimana seluruh ahli keluarga yang tidak bersalah dibunuh.

Episod ini akan membuatkan korang mengalirkan air mata, pandailah Produser mereka jalan cerita yang membuatkan kita merasa kesedihan yang dialami Yan Xun, sehinggakan Xing Er bersumpah untuk mengikut kemana sahaja Yan Xun pergi. 

Perjalanan hidup mereka lebih sukar selepas itu. Tapi Xing Er beruntung. korang akan senyum sendirian, sakit hati sorang-sorang dengan Xing Er dan Yan Xun.







Jalan cerita yang agak panjang dan aku mengharapkan pengakhiran yang baik untuk Xing Er dan Yuwen Yue. Sayangnya cerita ini tamat dengan perancangan ( aku rasa ) untuk sambungan sekuel ke dua. part ni aku memang stress. 





Watch Princess Agent 2017  at DramaNice.






nuffnang

Princess Agents 2017

Drama Episodes:  58 (Uncut) Episode Length:  45 Minutes Broadcast Date:  5 June to 1 August 2017 Kisah perjalan hidup Zhao LiYi...

nuffnang